alone

alone
#Bujang Perantau

Monday, 8 June 2015

Pandangan makhluk..

Mutiara kata seorang mufti

Kadang2 rasa hairan mengapa markah exam tetap tidak memuaskan sedangkan telahpun berusaha siang malam hafal fakta hafal dalil hafal masalah2 khilafiah.Kadang2 hati rasa give up dengan pencapaian yang rendah berbanding orang lain yang berusaha tidak sehebat aku tapi markah diorang lebih tinggi.Siang bermain PES malam tengok movie tapi result lebih baik drp aku.Kadang2 terlintas rasa tidak puas hati dengan takdir Tuhan.Hati mula merajuk dengan Tuhan.Ibadah menjadi malas hidup jadi tidak tersusun.Haiish!!!Letih rasanya.

Semasa muhadharah Usul Fiqh 1 macam biasa Dr Ali Zuqaili yang akan take over kelas memandangkan Dr Firos sakit kebelakangan ini.Hati masih lagi merajuk dengan takdir Tuhan.Tiba2 Dr Ali bercakap pasal imtihan.Dr cakap,

"Tidak semestinya markah yang tinggi adalah yang terbaik untuk kita.Dalam menuntut ilmu agama yang terpenting adalah kefahaman.Misalnya ada dua orang pelajar syariah,yang pertama markahnya 90 dan yang kedua 60.Boleh jadi yang kedua lebih faham berbanding yang pertama tetapi semasa hari sebelum imtihan dia tidak membaca pelajarannya.Sebab itulah markah dia rendah."

Lepas diulang2 perkataan Dr dalam benak fikiran,hati mula memahami memang betul markah aku mungkin agak rendah tapi aku yakin hati aku lebih memahami pelajaran berbanding mereka.Jangan pernah berputus asa walaupun ketika satu tahap hati rasa seperti tiada yang memahami tetapi hakikat yang sebenar adalah Tuhan itu tetap mengasihi aku tetap memberi aku peluang tetap menghargai pengorbanan aku untukNya.Adapun makhluk hanya memahami perihal zahir sahaja tanpa mengira hakikat sebenar yang dirasai oleh hati insan yang berada di dalam konflik dek ujian yang diberi oleh Tuhan.

"Kerana Hidupku untukMu"