alone

alone
#Bujang Perantau

Monday, 8 June 2015

Pandangan makhluk..

Mutiara kata seorang mufti

Kadang2 rasa hairan mengapa markah exam tetap tidak memuaskan sedangkan telahpun berusaha siang malam hafal fakta hafal dalil hafal masalah2 khilafiah.Kadang2 hati rasa give up dengan pencapaian yang rendah berbanding orang lain yang berusaha tidak sehebat aku tapi markah diorang lebih tinggi.Siang bermain PES malam tengok movie tapi result lebih baik drp aku.Kadang2 terlintas rasa tidak puas hati dengan takdir Tuhan.Hati mula merajuk dengan Tuhan.Ibadah menjadi malas hidup jadi tidak tersusun.Haiish!!!Letih rasanya.

Semasa muhadharah Usul Fiqh 1 macam biasa Dr Ali Zuqaili yang akan take over kelas memandangkan Dr Firos sakit kebelakangan ini.Hati masih lagi merajuk dengan takdir Tuhan.Tiba2 Dr Ali bercakap pasal imtihan.Dr cakap,

"Tidak semestinya markah yang tinggi adalah yang terbaik untuk kita.Dalam menuntut ilmu agama yang terpenting adalah kefahaman.Misalnya ada dua orang pelajar syariah,yang pertama markahnya 90 dan yang kedua 60.Boleh jadi yang kedua lebih faham berbanding yang pertama tetapi semasa hari sebelum imtihan dia tidak membaca pelajarannya.Sebab itulah markah dia rendah."

Lepas diulang2 perkataan Dr dalam benak fikiran,hati mula memahami memang betul markah aku mungkin agak rendah tapi aku yakin hati aku lebih memahami pelajaran berbanding mereka.Jangan pernah berputus asa walaupun ketika satu tahap hati rasa seperti tiada yang memahami tetapi hakikat yang sebenar adalah Tuhan itu tetap mengasihi aku tetap memberi aku peluang tetap menghargai pengorbanan aku untukNya.Adapun makhluk hanya memahami perihal zahir sahaja tanpa mengira hakikat sebenar yang dirasai oleh hati insan yang berada di dalam konflik dek ujian yang diberi oleh Tuhan.

"Kerana Hidupku untukMu"


Thursday, 7 May 2015

Silence is Better..

Keep it as your secret with the God

Sesuatu rahsia sudah pasti merupakan sesuatu yang sangat berharga di mana boleh dikira sebagai personal stuff.Ia menjadi rahsia kerana zatnya sendiri yang rare.Apatah lagi apabila ia menjadi rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya.Sememangnya benar kata2 bahawa kita tidak boleh hidup lonely,we need to be opened.Tetapi apabila kita dedahkan sesuatu yang berharga kepada orang lain sewenang-wenangnya maka hilanglah keberahsiaan itu oleh sebab kewujudan orang ketiga dalam hubungan kita dengan Allah.Perlu diingati setiap orang mempunyai nilai tersendiri di sisi Tuhan.Maka jika ditanya siapakah pendengar terbaik untuk rahsia kita,ingatlah Allah adalah teman yang terbaik untuk hati yang mengharapkan penghargaan kerana sememangnya kebanyakan manusia tidak pandai menghargai. Adalah baik bagi kita untuk berahsia sesuatu yang menjadikan kita berasa keberduaan dengan Sang Pencipta daripada manusia yang mementingkan diri sendiri.Dalam erti kata lain rahsiakanlah ibadahmu kerana jika didedahkan kepada manusia mereka tidak mampu menghargai usaha kamu itu tetapi Tuhan yang merupakan tujuan sebenar ubudiyyah itu sudah pasti sangat meredhai ibadahmu yang penuh dengan pengharapan itu.Selain ibadah, rahsiakanlah sebahagian usaha2mu untuk menjadi insan yang terbaik dari masa ke masa. Janganlah diberitahu kepada sesiapa kecuali seseorang yang benar-benar memahami hatimu.Sebagaimana aku rahsiakan tulisanku ini daripadamu kerana dengan menulis ini menjadikan aku seorang yang lebih baik daripada diri yang sebelumnya.O Allah,please keep this secret between me and You until the time has come!!

"Someone with secrets is enigmatic.There are mysteries behind the smile."

#secretissweet
#blissfulinsilence
#UnMe
#everyoneisprecious


Tuesday, 5 May 2015

Syukran, Zakwan!!

I Fall for You al-Kitab(Quran)

Selama ini aku teruskan kehidupan sebagai seorang tolibul ilmi(penuntut ilmu) dengan fokus utk faham madah jamiah,keluarkan soalan untuk diajukan kepada dakatirah(doktor2 di jamiah),membaca bahan bacaan luar madah,tambah kosa kata dll.Tapi aku xcuba untuk buat murajaah(revision) terhadap hafalan Quranku yang pernah dihafal sebelumnya.Tiba2 terdetik untuk sambung hafalan itu balik.Aku cuba hafal surah al-Maidah memandangkan di situ hafalan aku berhenti sejak setahun lalu. Lepas tunaikan solat subuh hafalan dimulakan.Antara kaedah yang digunakan untuk memudahkan proses hafalan ialah didengarkan dahulu bacaan ayat tersebut oleh Syeikh Mishary al-Afasy sebelum dihafal.Then aku ke jamiah.


Selepas habis muhadarah(kuliah) Fiqh Ibadat 1,aku ke musolla Fakulti Syariah dan start revise yang dihafal lepas subuh tadi.Lepas itu Zakwan masuk surau dan mula perasan yang aku baca Quran.Kalau sebelum ini aku memang x baca Quran d surau.Zakwan tanya Amir,"Yeng hafal Quran ke?".Aku terdengar perbualan itu dan mencelah setelah habis diulang bacaan.Aku cakap,"Ana hafal sket2 je macam surah panjang yang kat depan tu.".Zakwan pun test hafalan aku yang sememangnya tidak mantap seperti huffaz Quran lain.Ramai je mahasiswa yang berlatar belakangkan pendidikan tahfiz sama ada di bangku menengah ataupun di peringkat diploma tahfiz.Selepas test memang terbukti aku banyak sangat lupa.Sebenarnya bukan lupa sepenuhnya cuma x yakin apabila ditest oleh orang lain.Dan Zakwan banyak menasihatkan aku.Antaranya:

"apabila kita telah mula menghafal Quran kita x ada jalan untuk berpatah balik daripada ayat yang telah dihafal.Dalam erti kata lain kita mesti ingat ayat tersebut walaupun yang pernah dihafal sedikit sahaja kerana Nabi s.a.w pernah bersadba dalam hadith sahih riwayat Imam Muslim bahawa al-Quran akan menjadi hujah untuk ahlinya(seseorang menunaikan hak2nya) dan akan menjadi hujah ke atas orang yang ihmal(cuai) dalam menunaikan hak2nya."

"untuk mendapatkan hafalan yang mantap kita mesti ulang,ulang dan ulang ayat tersebut.Hakikat sebenar maqasid(tujuan) diturunkan Quran adalah supaya sentiasa dibaca kerana mulazamah dengan Quran bukan hanya memudahkan seseorang untuk mengingatinya bahkan akan mengubati hati yang sakit.Tidaklah berhenti pembacaan Quran itu bagi sesiapapun kerana bukan menjadi maqasid nuzulil
Quran itu untuk dihafal kemudian ditinggalkan tetapi utk sentiasa dimulazamah."

"Quran itu sangat istimewa kerana sudah diberi pahala dari sisi Tuhan bagi seseorang yang memandang ayat2nya apatah lagi apabila dialunkan bacaan tersebut.Definitely Quran adalah muqarrar(bahan bacaan) yang terbaik berbanding apa jenis buku sekalipun."

"bagi seseorang yang sedang menghafal Quran ia perlukan seorang mustami'(pendengar) terhadap hafalannya supaya menjadikan ia seorang yang istiqamah."


"mungkin kita cuba beralasan bahawa kita x mempunyai biah(persekitaran) tahfiz yang dapat membantu hafalan kita apatah lagi jika kita baru cuba menghafal tanpa merasai biah tersebut sebelum ini.Tetapi hakikat yang sebenarnya seseorang yang mampu istiqamah dengan hafalannya dalam keadaan persekitarannya penuh dengan perkara yang melalaikan adalah lebih baik daripada seseorang yang telah menghafal Quran yang dibantu dengan persekitaran tahfiz yang sedia ada."

"jangan berpindah ke ayat lain sebelum betul2 dihafal.Sesungguhnya kualiti hafalan itu lebih penting berbanding kuantitinya.Jangan tergopoh-gapah dalam menghafal Quran. Sememangnya sesuatu yang berharga sukar untuk dimiliki."

"sebenarnya seseorang yang mampu menghabiskan kebanyakan waktunya dengan membaca Quran adalah manusia yang dipilih oleh Tuhan.Jangan dipandang seseorang yang telah menghafal 30 juzuk sebagai seorang yang beruntung kerana ramai sahaja mereka yang telah khatam hafalan 30 juzuk tetapi setelah itu ditinggalkannya Quran itu sehingga ingatannya menjadi kabur.Adakah lagi manusia yang lebih beruntung daripada seseorang yang Tuhan beri kesempatan baginya untuk membaca kalamNya dengan penuh pengabdian kepadaNya?"

"untuk menjadi seorang hafiz Quran mestilah sentiasa istiqamah tanpa jemu diulang-ulang bacaan yang lalu kerana tidaklah bertambah setiap ayat yang dihafal melainkan akan bertambah taklif(bebanan) untuk memastikan ayat2 yang telah dihafal terus tsabat (kukuh) di dalam dada" 

Tidaklah bertambah di dalam hatiku ketika itu melainkan semangat untuk menjadi seorang yang mampu menghafaz Quran dengan dihafal setiap ayat2nya dan akan aku cuba mencorakkan masalik (jalan) Quran itu sendiri di dalam kehidupanku yang nyata ini.


Syukran Zakwan!!

#hafizQuran
#30juzB4zawaj
#istiqamahlah


Syukran ya akhi!!




Monday, 4 May 2015

The Second Wing..

بين كثرة العلم وحكمتها 
(Antara banyaknya ilmu dan hikmahnya)

Sejak f4 lagi aku tanamkan dalam hati aku harapan untuk menjadi seorang ulama' yang sangat alim sebagaimana Imam Yahya an-Nawawi tanpa aku mengambil kira faktor semasa.Aku ingin hafal Quran&Hadith,menguasai tafsiran setiap ayat Quran dan syarahan setiap hadith,mempunyai guru yang ramai,mampu menghasilkan banyak naskhah muallafat(karangan) dll.Tapi aku masih rasa kekurangan sesuatu dalam misi aku.Bila aku cuba go through setiap iradah yg berulang-alik dalam hati aku,aku nampak sesuatu yang menjadi batu penghalang iaitu tiada keikhlasan yang sebenar-benarnya.Aku nampak hakikat sebenarnya semua yang aku harapkan selama ini adalah untuk kepentingan aku bukannya untuk kepentingan ummat Islam dan manusia sejagat.Aku nak digelar "Ibnu Nawawi" satu gelaran seolah-olah menumpang kemasyhuran Imam an-Nawawi.Ianya tidak mustahil untuk menjadi seorang yang hebat tetapi Allah lebih tahu dengan adanya tokoh agamawan seperti aku hanya akan merosakkan Islam itu sendiri.Aku rasa sangat bodoh kerana memasang impian palsu itu.Masih adakah lagi orang yang lebih bodoh daripada seseorang yang melakukan sesuatu amal ubudiyyah tetapi ditujukan kepada yang lain?Tidaklah bertambah bagi orang yang riak itu melainkan tipu daya dan kerugian yang amat besar.Lepas itu aku cuba tanzihkan(sucikan) impian aku dan banyakkan berfikir.


Then aku faham satu benda bahawa aku x perlu jadi seperti ulama2 terdahulu.Apa yang menyebabkan mereka menjadi tersangat alim adalah kerana di zaman mereka tidak terdapat banyak fitnah sebagaiman zaman aku sekarang.The point is not to be the greatest man but to extend ad-Din with your own way.Aku x perlu menguasai segenap ilmu agama bahkan boleh dikatakan mustahil pada zaman ini untuk berbuat demikian kerana ilmu agama itu sendiri telah berkembang sangat pesat sekali.Apa yang terpenting bagi seorang daie adalah untuk menampakkan Islam itu mampu menempati dasar kehidupan kontemporari ini dengan apa cara sekalipun.Aku faham tanggungjawab aku sekarang adalah untuk menimba sebanyak mungkin ilmu dan cuba keluarkan cahaya hikmah dari setiap ranting Islam itu serta meletakkan Islam itu di dasar kekontemporarian hidup manusia.Kalau sebelum ini aku cuba terbang tetapi sering jatuh kerana sayap kedua itu belum tumbuh dek penyakit riak membiak di pangkal bahuku.Tapi sekarang akan aku cuba sedaya-upaya untuk membentuk diri yang produktif dengan menyemai pemikiran2 positif dalam setiap hari-hariku.

#abetterman
#myownpersonality
#nevergiveup

ilmu-ikhlas-hikmah




The Rose..

Wanita solehah dan ros Mu'tah

Jika diqiaskan wanita solehah dengan sekuntum ros
Maka qias itu akan jd sahih bukan ma'al fariq(istilah usul fiqh)
Kerana persamaan kedua-dua itu sangat relevan
Kedua-dua menyejukkan qalbu insan yg memandang
Dan satu persamaan lagi yg sering dilupakan
Kedua-dua sukar disunting dan dipetik
Ros Mu'tah hanya mekar ketika rabi'(spring)
Perlu ditunggu 10 bulan lagi 4 da next spring
Wanita solehah??
Sudah pasti lebih sukar utk beristerikannya
Tapi Allah sangatlah bijaksana dalam mentadbir al-kaun(makhluk)
Pernah seorang senior menjawab gurauan kami
"Sebenarnya ada dah(wanita idaman) tapi x jumpa lagi"
Lepas tu diwadhihkan(diterangkan)
"Ada dah di Lauh Mahfuz cuma x jumpa lagi di dunia ini"
Then aku dapat jawapan
Jangan disibukkan dengan urusan yg telah ditetapkan
Just fokus kepada tambah pengetahuan
Fokus baiki kesalahan lalu
Fokus semai bakat dan nilai baru
Try to be a professional muslim
Indeed the God will not waste your sacrifice!!

#believeinAllah
#akumenunggumu
#focusandpositive
Ros Mu'tah


memetik ros pilihan(Izzat al-DQ)




Sunday, 3 May 2015

Tragedi Hailway Duke..

The Pain was Meant 4 Me not Them

Terbaca insiden lebuhraya Duke
Hatiku sayu dan sedih
Melihat tangisan seorang kanak2
Yang x mengerti erti kehidupan
Yang sangat memerlukan belaian ibu ayah
Yang menyaksikan kemalangan di hadapan mata
Gelak tawanya disentak dengan tragedi itu
Hatiku retak diselubungi perasaan kasihan.

Di sisiku masih berdiri kedua ibu bapaku
Biarlah siapapun mereka
Mereka tetap asbab kepada wujudnya aku
Asbab kepada terbentuknya keperibadianku
Asbab kepada membesarnya diriku
Di kala dilahirkan hanya sebesar botol air.

Kadangkala hatiku terluka kerana silap faham
Kadangkala aku rasa tidak diadili
Kadangkala aku rasa tidak dihargai
Tetapi hakikat itu telah disusun oleh Tuhan
Dia mentarbiah aku agar x menyakiti mereka
Kerana aku memahami apa erti kesakitan itu.

#appreciateyourparents
#pray4maayah
#pray4thekidnherparents

luv ma&ayah




Aku dan Futsal..

"YENG33"

Bila difikirkan balik,lama dah aku xmain futsal/bola sepak.Dalam lebih kurang hampir 2 tahun dah. Semua dribbling dan shooting skills hilang.Selama hampir 7 bulan aku duduk kat Jordan aku x pernah main futsal,jangankan nak main pergi jenguk dekat Solah Askari tu pun xpernah.Housemates aku semua ingat aku xpandai main futsal a.k.a kaki bangku mungkin sbb penampilan aku yg seolah-olah x kesah sangat hal bola sepak ni.Tapi ada seorang pemain bola sepak Asia dari South Korea yg aku sangat kagum.Nama dia Ji Sung Park,former midfielder utk team Manchester United(Park13). Apa yg buat aku kagum bila dia boleh bersaing dengan pemain Eropah lain walaupun berketinggian lebih kurang 178cm.Fan ada bagi gelaran "Three-lungs Park" sbb staminanya lebih hebat berbanding player lain.

Tiba2 terlintas dalam hati aku nk main futsal balik.Nak jadi kecerita aku main dengan Batch Wayfarrer(nama batch tahun satu).Awal2 rasa blur giler.Mcm manelah nk tendang nk pass.Tp just relax In Shaa Allah semuanya ok.Aku dipilih utk jd salah seorang drp ahli Team 3.Teammates aku Hafiz(pljr tajaan MARA),Hanip(dari Johor peminat Arsenal),Izzat(graduan Diploma Tahfiz DQ) dan Imran(antara mu'allish yg hebat).Match start dengan Team lain dulu. Team kami kick off pada second match.

Then,giliran team aku pulak nk kick off.Aku jalan selamba grab keyakinan sambil ambil tempat left defender.Hanip right defender.Hafiz dan Izzat stricker.Imran goalkeeper.Kick off!!Awal2 bila aku dapat bola aku pass biasa2 j kt player lain.Nk jadi kecerita right defender team aku naik atas.Jadinya tinggal aku dgn Imran j kat bawah.Aku defender Imran goalkeeper.Tiba2 bola datang k arah aku hasil 'pertempuran' stricker team aku dgn defender team lawan.Ketika tu memang xde org nk datang rampas bola.Aku pun nmpak ade ruang kosong kat spot kanan defender lawan.Xde defender kat situ yg ade dekat dgn spot tu Izzat.Aku pun try tendang bola tu.Aku mcm xpercaya macam manelah aku boleh tendang bola tu naik k atas dan tepat jatuh kat targetted spot tu.Izzat pun dapatkan bola tu dan terus buat finishing n GOAAALL!!!.YES!!!Semua Wayferrer yg jd spectator ketika tu sorak "Woah!! Yeng assist".Semua macam x percaya even aku pon.Aku buat2 cool mcm xcelebrate mana goal tu walaupun dalam hati excited giler rase..haha.Dan lepas tu aku bkn stakat jd defender tp jugak jd seolah2 player yg tolong pass bola kat atas.Boleh dkatakan setiap kali aku tendang mesti bola tu naik k atas(melambung) sedangkan selama aku main bola sejak kecik lagi xpernah pon bola yg aku tendang melambung. Kebanyakannya leret.

Lepas match tamat ramai yg bagi pujian kat aku antaranya
-Amir(housemate aku yg jugak lawan aku dalam match tadi),"Giler r Yeng,jadi molek bola mu assist tadi,tendang bola lambung aje.".Aku senyum kambing,speechless.
-Bazli a.k.a Buzz Hummels,dia send gambar aku dalam w/app Wayfarrer skali dengan caption," Brader ni assist tadi..woo Yen!!"
-Syauqi(roommate Izzat),"Arif tadi jd game-planner,asyik pass bola k atas je."
-Zakwan(ketua Batch Wayfarrer),"Yeng macam Paul Scholes(midfielder Manchester United) bagi bola lambung aje."

Lepas malam tu aku mula rasa nk main futsal utk kali seterusnya.Aku asyik tanya Amir bila nk main futsal pulak.Aku harap at least aku dapat main futsal dengan berkeyakinan lepas ni.Jordan bukan hanya tempat utk aku menimba ilmu sebaik-baiknya tapi juga sbg tempat utk mmbaiki diri aku yg kurang dari pelbagai sudut.

#lovefutsal
#assistmore
#trysomethingnew


Gambar Bazli kt dlm w/app wayfarrer

Izzat-the finisher