alone

alone
#Bujang Perantau

Tuesday, 5 May 2015

Syukran, Zakwan!!

I Fall for You al-Kitab(Quran)

Selama ini aku teruskan kehidupan sebagai seorang tolibul ilmi(penuntut ilmu) dengan fokus utk faham madah jamiah,keluarkan soalan untuk diajukan kepada dakatirah(doktor2 di jamiah),membaca bahan bacaan luar madah,tambah kosa kata dll.Tapi aku xcuba untuk buat murajaah(revision) terhadap hafalan Quranku yang pernah dihafal sebelumnya.Tiba2 terdetik untuk sambung hafalan itu balik.Aku cuba hafal surah al-Maidah memandangkan di situ hafalan aku berhenti sejak setahun lalu. Lepas tunaikan solat subuh hafalan dimulakan.Antara kaedah yang digunakan untuk memudahkan proses hafalan ialah didengarkan dahulu bacaan ayat tersebut oleh Syeikh Mishary al-Afasy sebelum dihafal.Then aku ke jamiah.


Selepas habis muhadarah(kuliah) Fiqh Ibadat 1,aku ke musolla Fakulti Syariah dan start revise yang dihafal lepas subuh tadi.Lepas itu Zakwan masuk surau dan mula perasan yang aku baca Quran.Kalau sebelum ini aku memang x baca Quran d surau.Zakwan tanya Amir,"Yeng hafal Quran ke?".Aku terdengar perbualan itu dan mencelah setelah habis diulang bacaan.Aku cakap,"Ana hafal sket2 je macam surah panjang yang kat depan tu.".Zakwan pun test hafalan aku yang sememangnya tidak mantap seperti huffaz Quran lain.Ramai je mahasiswa yang berlatar belakangkan pendidikan tahfiz sama ada di bangku menengah ataupun di peringkat diploma tahfiz.Selepas test memang terbukti aku banyak sangat lupa.Sebenarnya bukan lupa sepenuhnya cuma x yakin apabila ditest oleh orang lain.Dan Zakwan banyak menasihatkan aku.Antaranya:

"apabila kita telah mula menghafal Quran kita x ada jalan untuk berpatah balik daripada ayat yang telah dihafal.Dalam erti kata lain kita mesti ingat ayat tersebut walaupun yang pernah dihafal sedikit sahaja kerana Nabi s.a.w pernah bersadba dalam hadith sahih riwayat Imam Muslim bahawa al-Quran akan menjadi hujah untuk ahlinya(seseorang menunaikan hak2nya) dan akan menjadi hujah ke atas orang yang ihmal(cuai) dalam menunaikan hak2nya."

"untuk mendapatkan hafalan yang mantap kita mesti ulang,ulang dan ulang ayat tersebut.Hakikat sebenar maqasid(tujuan) diturunkan Quran adalah supaya sentiasa dibaca kerana mulazamah dengan Quran bukan hanya memudahkan seseorang untuk mengingatinya bahkan akan mengubati hati yang sakit.Tidaklah berhenti pembacaan Quran itu bagi sesiapapun kerana bukan menjadi maqasid nuzulil
Quran itu untuk dihafal kemudian ditinggalkan tetapi utk sentiasa dimulazamah."

"Quran itu sangat istimewa kerana sudah diberi pahala dari sisi Tuhan bagi seseorang yang memandang ayat2nya apatah lagi apabila dialunkan bacaan tersebut.Definitely Quran adalah muqarrar(bahan bacaan) yang terbaik berbanding apa jenis buku sekalipun."

"bagi seseorang yang sedang menghafal Quran ia perlukan seorang mustami'(pendengar) terhadap hafalannya supaya menjadikan ia seorang yang istiqamah."


"mungkin kita cuba beralasan bahawa kita x mempunyai biah(persekitaran) tahfiz yang dapat membantu hafalan kita apatah lagi jika kita baru cuba menghafal tanpa merasai biah tersebut sebelum ini.Tetapi hakikat yang sebenarnya seseorang yang mampu istiqamah dengan hafalannya dalam keadaan persekitarannya penuh dengan perkara yang melalaikan adalah lebih baik daripada seseorang yang telah menghafal Quran yang dibantu dengan persekitaran tahfiz yang sedia ada."

"jangan berpindah ke ayat lain sebelum betul2 dihafal.Sesungguhnya kualiti hafalan itu lebih penting berbanding kuantitinya.Jangan tergopoh-gapah dalam menghafal Quran. Sememangnya sesuatu yang berharga sukar untuk dimiliki."

"sebenarnya seseorang yang mampu menghabiskan kebanyakan waktunya dengan membaca Quran adalah manusia yang dipilih oleh Tuhan.Jangan dipandang seseorang yang telah menghafal 30 juzuk sebagai seorang yang beruntung kerana ramai sahaja mereka yang telah khatam hafalan 30 juzuk tetapi setelah itu ditinggalkannya Quran itu sehingga ingatannya menjadi kabur.Adakah lagi manusia yang lebih beruntung daripada seseorang yang Tuhan beri kesempatan baginya untuk membaca kalamNya dengan penuh pengabdian kepadaNya?"

"untuk menjadi seorang hafiz Quran mestilah sentiasa istiqamah tanpa jemu diulang-ulang bacaan yang lalu kerana tidaklah bertambah setiap ayat yang dihafal melainkan akan bertambah taklif(bebanan) untuk memastikan ayat2 yang telah dihafal terus tsabat (kukuh) di dalam dada" 

Tidaklah bertambah di dalam hatiku ketika itu melainkan semangat untuk menjadi seorang yang mampu menghafaz Quran dengan dihafal setiap ayat2nya dan akan aku cuba mencorakkan masalik (jalan) Quran itu sendiri di dalam kehidupanku yang nyata ini.


Syukran Zakwan!!

#hafizQuran
#30juzB4zawaj
#istiqamahlah


Syukran ya akhi!!




No comments:

Post a Comment