بين كثرة العلم وحكمتها
(Antara banyaknya ilmu dan hikmahnya)
Sejak f4 lagi aku tanamkan dalam hati aku harapan untuk menjadi
seorang ulama' yang sangat alim sebagaimana Imam Yahya an-Nawawi tanpa aku
mengambil kira faktor semasa.Aku ingin hafal Quran&Hadith,menguasai
tafsiran setiap ayat Quran dan syarahan setiap hadith,mempunyai guru yang ramai,mampu
menghasilkan banyak naskhah muallafat(karangan) dll.Tapi aku masih rasa
kekurangan sesuatu dalam misi aku.Bila aku cuba go through setiap iradah yg
berulang-alik dalam hati aku,aku nampak sesuatu yang menjadi batu penghalang
iaitu tiada keikhlasan yang sebenar-benarnya.Aku nampak hakikat sebenarnya
semua yang aku harapkan selama ini adalah untuk kepentingan aku bukannya untuk
kepentingan ummat Islam dan manusia sejagat.Aku nak digelar "Ibnu
Nawawi" satu gelaran seolah-olah menumpang kemasyhuran Imam an-Nawawi.Ianya
tidak mustahil untuk menjadi seorang yang hebat tetapi Allah lebih tahu dengan
adanya tokoh agamawan seperti aku hanya akan merosakkan Islam itu sendiri.Aku
rasa sangat bodoh kerana memasang impian palsu itu.Masih adakah lagi orang yang
lebih bodoh daripada seseorang yang melakukan sesuatu amal ubudiyyah tetapi
ditujukan kepada yang lain?Tidaklah bertambah bagi orang yang riak itu
melainkan tipu daya dan kerugian yang amat besar.Lepas itu aku cuba
tanzihkan(sucikan) impian aku dan banyakkan berfikir.
Then aku faham satu benda bahawa aku x perlu jadi seperti ulama2
terdahulu.Apa yang menyebabkan mereka menjadi tersangat alim adalah kerana di
zaman mereka tidak terdapat banyak fitnah sebagaiman zaman aku sekarang.The
point is not to be the greatest man but to extend ad-Din with your own way.Aku
x perlu menguasai segenap ilmu agama bahkan boleh dikatakan mustahil pada zaman
ini untuk berbuat demikian kerana ilmu agama itu sendiri telah berkembang
sangat pesat sekali.Apa yang terpenting bagi seorang daie adalah untuk
menampakkan Islam itu mampu menempati dasar kehidupan kontemporari ini dengan
apa cara sekalipun.Aku faham tanggungjawab aku sekarang adalah untuk menimba
sebanyak mungkin ilmu dan cuba keluarkan cahaya hikmah dari setiap ranting
Islam itu serta meletakkan Islam itu di dasar kekontemporarian hidup
manusia.Kalau sebelum ini aku cuba terbang tetapi sering jatuh kerana sayap
kedua itu belum tumbuh dek penyakit riak membiak di pangkal bahuku.Tapi
sekarang akan aku cuba sedaya-upaya untuk membentuk diri yang produktif dengan
menyemai pemikiran2 positif dalam setiap hari-hariku.
#abetterman
#myownpersonality
#nevergiveup
![]() |
| ilmu-ikhlas-hikmah |

No comments:
Post a Comment