Keep it as your secret with the God
Sesuatu rahsia sudah pasti merupakan sesuatu yang sangat berharga di mana boleh dikira sebagai personal stuff.Ia menjadi rahsia kerana zatnya sendiri yang rare.Apatah lagi apabila ia menjadi rahsia antara seorang hamba dengan Tuhannya.Sememangnya benar kata2 bahawa kita tidak boleh hidup lonely,we need to be opened.Tetapi apabila kita dedahkan sesuatu yang berharga kepada orang lain sewenang-wenangnya maka hilanglah keberahsiaan itu oleh sebab kewujudan orang ketiga dalam hubungan kita dengan Allah.Perlu diingati setiap orang mempunyai nilai tersendiri di sisi Tuhan.Maka jika ditanya siapakah pendengar terbaik untuk rahsia kita,ingatlah Allah adalah teman yang terbaik untuk hati yang mengharapkan penghargaan kerana sememangnya kebanyakan manusia tidak pandai menghargai. Adalah baik bagi kita untuk berahsia sesuatu yang menjadikan kita berasa keberduaan dengan Sang Pencipta daripada manusia yang mementingkan diri sendiri.Dalam erti kata lain rahsiakanlah ibadahmu kerana jika didedahkan kepada manusia mereka tidak mampu menghargai usaha kamu itu tetapi Tuhan yang merupakan tujuan sebenar ubudiyyah itu sudah pasti sangat meredhai ibadahmu yang penuh dengan pengharapan itu.Selain ibadah, rahsiakanlah sebahagian usaha2mu untuk menjadi insan yang terbaik dari masa ke masa. Janganlah diberitahu kepada sesiapa kecuali seseorang yang benar-benar memahami hatimu.Sebagaimana aku rahsiakan tulisanku ini daripadamu kerana dengan menulis ini menjadikan aku seorang yang lebih baik daripada diri yang sebelumnya.O Allah,please keep this secret between me and You until the time has come!!
"Someone with secrets is enigmatic.There are mysteries behind the smile."
#secretissweet
#blissfulinsilence
#UnMe
#everyoneisprecious

bleh enti explain the meaning of this phrase "Ia menjadi rahsia kerana zatnya sendiri yang rare"..
ReplyDeleteapa yg xfhm syeikh
Delete